Antarabangsa

Britain Berkabung, Semua Acara Sukan Ditangguh Serta-Merta

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 09 September 2022 – Beberapa acara sukan di Britain telah ditangguhkan sebagai tanda penghormatan kepada kemangkatan Queen Elizabeth II pada usia baginda 96 tahun, semalam.

Sejurus selepas pengumuman dibuat oleh Istana Holyroodhouse di Edinburgh, penganjur acara Golf BMW PGA Championship menangguhkan permainan serta-merta ketika para pemain masih berada di luar padang di Wentworth.

Penganjur Cycling’s Tour Of Britain pula bertindak menamatkan perlumbaan selepas membatalkan peringkat pada Jumaat serta dua lagi pada hujung minggu ini, sekali gus mengumumkan Gonzalo Serrano, yang mendahului selepas peringkat Khamis, sebagai pemenang.

Lembaga Kriket England dan Wales dan juga Liga Bola Sepak Inggeris, yang mengendalikan tiga divisyen di bawah Liga Perdana turut memaklumkan bahawa perlawanan pada hari ini ditangguhkan.

Selain itu, sempena memperingati kehidupan baginda yang luar biasa serta sumbangan dalam bidang sukan, mesyuarat lumba kuda di Britain ditangguhkan dan perlawanan juga tidak akan diteruskan sehingga hujung minggu ini.

Queen Elizabeth II, raja paling lama berkhidmat di United Kingdom (UK), mangkat pada usia 96 tahun, selepas memegang takhta pemerintahan monarki British selama 70 tahun.

 

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: