Tempatan

#TURUN: 26 Peserta Dipanggil Polis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 25 Julai 2022 – Seramai 26 individu yang terlibat dalam protes perhimpuman #TURUN beberapa hari lepas telah dipanggil ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membantu soal siasat berhubung penyertaan mereka yang dijalankan di luar Kompleks beli belah, Sogo.

Individu-individu tersebut terdiri daripada aktivis pelajar, ahli politik, aktivis BERSIH dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) antaranya seperti Adun Ketari, Young Syefura Othman, Ketua Pemuda PKR (AMK), Adam Adli Abdul Halim; Pengarah Eksekutif SUARAM, Sevan Doraisamy; Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid dan aktivis Bersih Edlyn Beverly Joeman.

Selain itu, tiga ahli PKR, Mohd Afiq Ayob, Ng Yih Miin @ Bryan Ng serta Nur Farah Ariana Nurazam turut dipanggil oleh pihak polis. Pengasas bersama Undi18 Nur Qyira Yusri dan Tharma Pillai juga antara yang terlibat dalam perhimpunan tersebut.

Di samping itu, ahli jawatankuasa Eksekutif Pusat MUDA juga telah diarahkan hadir di IPD sama termasuk bekas Setiausaha Agung MUDA, Amir Abdul Hadi, Setiausaha Agung MUDA, Amira Aisya Abdul Aziz dan Naib Presiden, Dr Thanussha Francis Xavier.

Nama-nama tersebut diminta hadir ke IPD Dang Wangi pada 2.30 petang ini (25 Julai) dan esok (26 Julai).

Sebelum ini, media melaporkan kenyataan jawatankuasa kumpulan itu akan mengadakan protes dengan membawa lima tuntutan kepada Kerajaan.

“Kita tidak mempunyai pilihan selain TURUN dengan satu suara supaya masalah ini tidak diremehkan oleh Perdana Menteri dan menteri-menteri lain.”

Lima tuntutan mereka ialah gaji menteri dipotong, subsidi Kerajaan diteruskan, bantuan bermaruah diberikan kepada rakyat, mengawal harga barang dan menangani isu jaminan makanan.

Polis Kuala Lumpur memaklumkan mereka telah mengenal pasti 30 daripada kira-kira 100 individu yang menyertai perhimpunan tersebut untuk disoal siasat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA) dan Jabatan Siasatan Jenayah IPD Dang Wangi telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 9(5) PAA 2012.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas perhimpunan itu berkata, kesemua individu yang telah dan belum dikenal pasti akan dipanggil pihak polis.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: