Antarabangsa

Kes Bunuh Membabitkan Inspektor General Polis Indonesia Ke Mahkamah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDONESIA, 03 September 2022 – Inspektor Jeneral Polis (IGP) Indonesia, Ferdy Sambo, bakal mengetahui nasibnya di mahkamah sama ada dia akan ke tali gantung ataupun tidak, berikutan dakwaan menyebabkan kematian pengawal peribadinya sendiri, Brigadier Nopryansyah Yosua Hutabarat.

Menurut laporan, Ferdy Sambo didakwa telah menembak Hutabarat di rumahnya dengan 5 das tembakan pada Julai baru-baru ini.

Pada awal proses siasatan, pihak polis Indonesia mengesyaki bahawa Hutabarat dibunuh oleh seorang lagi pengawal Ferdy Sambo, di mana Hutabarat dikatakan telah melakukan amang seksual terhadap isteri Ferdy Sambo, Putri Candrawati.

Ferdy Sambo pula menyatakan bahawa dia sedang mengambil ujian PCR COVID-19 ketika kejadian tersebut berlaku.

Namun, hasil siasatan lanjut telah membawa kepada penahanan Ferdy Sambo sendiri, di mana IGP tersebut dipercayai telah terlibat sama dalam pembunuhan tersebut.

Kes ini menjadi perbualan hangat rakyat Indonesia yang menuntut pihak polis Indonesia untuk bersifat ‘terus-terang’ dalam mengendalikan siasatan kes tersebut.

Isu ini timbul kerana berita kematian Hutabarat yang dikatakan telah ‘disembunyikan’ sebelum berita tersebut tersebar empat hari setelah kejadian.

Isu ini juga mendapat perhatian rakyat Indonesia apabila salah seorang saksi mendakwa bahawa berlaku tembak-menembak antara Hutabarat dengan seorang lagi pegawai muda, Richard Eliezer Pudihang Lumliu.

Namun, Eliezer mendedahkan setelah dia ditahan pihak polis bahawa Ferdy Sambo telah mengarahkannya untuk membunuh Hutabarat, dan Ferdy Sambo sendiri telah menembak menggunakan pistol Hutabarat ke arah dinding bagi membuatkan seolah-olah berlaku adegan tembak-menembak.

Pihak polis Indonesia masih belum mengemukakan sebarang spekulasi tentang motif pembunuhan tersebut. Ferdy Sambo dijangkakan akan dibawa ke mahkamah dalam jangka masa terdekat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: