Gaya Hidup

Tips Elak Tertipu Beli Kereta Banjir

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis jualan kereta murah atau below market dari penjual kereta terpakai.

Ada kemungkinan kereta yang dijual itu adalah kereta yang ditenggelami air ataupun kereta banjir.

Sebelum anda terjerat diri ditipu oleh penjual, kami sediakan beberapa langkah penting yang perlu anda ketahui ketika melalui proses pembelian kereta bagi mengelakkan diri anda ditipu.

Bau Busuk Atau Berkulat

Kereta yang terlibat dengan banjir amat sukar sekali untuk dihilangkan bau hapak atau bau lembap dalam kereta.

Jika anda masih tidak pasti, tutup tingkap dan pintu, duduk di dalamnya, dan tarik satu nafas yang panjang untuk menghidu sama ada terdapat bau yang kurang enak atau tidak.

Pembentukan cendawan atau kulat adalah satu tanda pasti bahawa kereta itu pernah ditenggelami air.

Anda boleh tengok pada seat atau carpet besar kereta tersebut, jika terdapat kesan tompokan putih atau hitam pada seat atau carpet tersebut ia merupakan kesan akibat air banjir yang pernah terperap di dalam hingga mengakibatkan pembentukan kulat.

Selain itu, anda perlu memeriksa karpet lantai dan fabrik pada pintu dan bumbung untuk memastikan kesemua fabrik itu adalah dengan usia dan warna yang sama.

Kesan Karat Dan Kakisan (Corrosion)

Karat dan kakisan senang dilihat.

Jika anda melihat karat pada skru, engsel pintu, atau braket, kakisan sering berlaku di sudut tersebut.

Periksa semua empat pintu termasuk bawah, dalam dan luar kereta anda.

Periksa di bawah bahagian karpet di tempat-tempat yang berbeza untuk mencari jika terdapatnya kelembapan.

Pastikan untuk membuka bonet kereta dan periksa karpet di situ.

Kemudian, keluarkan tayar ganti dan periksa apa yang ada di bawah.

Bila permukaan besi terkena air dalam tempoh yang agak lama, kebiasaannya ia akan menyebabkannya terhakis serta akan menjadi karat.

Komponen Dalam Enjin

Periksa kotak angin, kotak fius serta minyak dalam enjin. Kereta yang terjejas akibat banjir akan meninggalkan kesan-kesan tanah atau pasir dalam enjin serta berlakunya litar pintas menyebabkan kereta anda terbakar dan ia boleh membawa kematian.

Kerosakan sistem elektrik kereta yang kritikal berpotensi untuk mengancam nyawa kerana ia terendam dengan air terlalu lama.

Anda perlu menguji kereta dengan secukupnya untuk memastikan semua komponen elektrik beroperasi dengan baik.

Manakala minyak hitam pula yang terjejas akibat banjir akan bertukar warna, seakan seperti warna kopi susu atau susu kocak coklat.

Minyak yang telah terjejas oleh banjir juga mungkin terasa melekit apabila disentuh.

Pandu Dan Uji

Semasa menghidupkan enjin, perhatikan pada apa-apa bunyi yang tidak dijangka, dan melihat jika terdapat asap atau bau yang muncul seperti terbakar dari mana-mana bahagian.

Pastikan semua lampu papan pemuka menyala, termasuk lampu depan belakang, dan lampu-lampu lain. Hidupkan penghawa dingin, pengelap cermin, dan jangan lupa untuk menghidupkan radio.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: