Tempatan

Kes Adib: Mahkamah Rayuan Bakal Putuskan Berkenaan Bidangkuasa Koroner 8 Februari

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 12 Januari 2022 – Mahkamah Rayuan bakal memutuskan sama ada Koroner mempunyai bidang kuasa untuk memulakan prosiding komital pada 8 Februari ini.

“Kita memerlukan lebih masa untuk membuat penyelidikan tentang hal ini. Jadi kita tetapkan 8 Februari untuk buat keputusan,” ujar Yang Arif Datuk Suraya Othman, salah satu daripada tiga panel hakim Mahkamah Rayuan semalam.

Isu ini tercetus apabila bapa kepada Arwah Muhammad Adib memfailkan permohonan supaya Tommy Thomas dikenakan tindakan menghina mahkamah susulan Pejabat Peguam Negara mengeluarkan afidavit pada April 2019 berkaitan punca kematian Adib.

Namun begitu, dapatan Mahkamah Koroner pada September 2019 mendapati bahawa kematian Muhammad Adib adalah berpunca daripada perbuatan jenayah.

Mahkamah Tinggi pada tahun lepas telah memutuskan bahawa Koroner mempunyai bidangkuasa untuk membicarakan kes berkenaan isu menghina mahkamah tersebut namun pihak Tommy Thomas membuat rayuan.

Peguam bagi Tommy Thomas, Datuk S. Ambiga menghujahkan bahawa Koroner tidak mempunyai bidangkuasa untuk mendengar kes berkenaan isu menghina mahkamah.

Leave a Reply

Back to top button