Tempatan

Feri Langkawi Rosak: Penumpang Terkandas Lebih 3 Jam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LANGKAWI, 26 Disember 2022 – Ratusan penumpang menyatakan rasa tidak puas hati dengan sistem pengurusan Feri Pulau Langkawi yang berpengkalan di Kuala Perlis.

Terkandas tanpa makluman yang jelas dari pengurusan dan jadual recovery yang kelam kabut, menyebabkan ramai penumpang mula menyatakan rasa tidak puas hati mereka.

Tinjauan samudera.my di Jeti Feri Kuala Perlis petang tadi, menyaksikan ramai yang terkandas dan tidak dapat masuk ke dalam ruang menunggu pelepasan jeti. Manakala penumpang yang berada di ruangan menunggu, menjelaskan mereka sudah terkandas selama hampir 3 jam. Tidak ada makluman mengenai penjadualan semula dinyatakan dengan jelas.

Penumpang bersungut terlepas jadual, temujanji dan aktiviti yang telah dibuat tempahan.

Keadaan di Jeti Feri Kuala Perlis masih dengan situasi sama ketika tinjauan akhir dibuat pada jam 5:30 petang tadi.

Kebanyakan yang terjejas ialah penumpang yang mengambil tiket feri pada jam 3 petang (26 Disember 2022). Mereka mahukan pihak yang bertanggungjawab, untuk menyediakan maklumat dan menyegerakan jadual pelepasan mereka dengan secekap mungkin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: