Tempatan

Guna Fungsi Infectious Disease Tracker MySejahtera Untuk Titik Panas HFMD – KKM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 28 Mei 2022 – “Menggunakan dan merujuk fungsi Infectious Disease Tracker dalam aplikasi MySejahtera untuk melihat titik panas kejadian HFMD,” nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini dalam isu penularan penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD).

Selain titik panas, Pengesan Penyakit Berjangkit (Infectious Disease Tracker) dalam aplikasi MySejahtera juga melaporkan mengenai kes aktif HFMD yang berlaku di sekitar kawasan anda.

BACA: Kadar Kematian Monkeypox 6% – WHO

BACA: Ibu Bapa Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang Kerana Tularkan Penyakit HFMD

BACA: Tolak Hudud Sama Seperti Suruh Orang Islam Tinggal Ajaran Agama – Shamsher Singh Thind

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam kenyataan sama yang dikeluarkan, di samping itu, KKM turut memberikan empat nasihat lain kepada ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan HFMD.

Antara nasihatnya adalah, pertama, tidak membawa anak ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika/pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan.

Kedua, mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh.

Ketiga, membersihkan permainan anak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran klorin.

Keempat, ibu bapa atau penjaga dinasihati untuk memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul.

“Sehingga 25 Mei 2022, hanya dua (2) kanak-kanak yang disahkan HFMD mengalami gejala teruk dan memerlukan rawatan di Wad Rawatan Rapi (ICU),” kata Khairy.

Kedua-dua kes ini positif virus enterovirus 71 (EV71).

“Pada 25 Mei 2022, kanak-kanak pertama telah beransur pulih dan tidak memerlukan bantuan pernafasan lagi, namun masih dipantau di ICU.”

“Manakala kes kedua masih lagi memerlukan bantuan pernafasan tetapi dalam keadaan stabil,” ujar beliau lagi.

Tambah Khairy, kes HFMD mula melebihi paras waspada atau alert line iaitu 878 pada minggu epid (ME) 11/2022 (13-19 Mac 2022) apabila sebanyak 895 kes dilaporkan.

Terbaru, terdapat peningkatan sebanyak 106.6% bilangan HFMD dilaporkan bagi ME 20/2022 berbanding ME 19/2022 di seluruh negara.

Peningkatan kes ketara berlaku sejak April 2022 berikutan pembukaan aktiviti sosial, termasuk sesi kehadiran penuh sekolah, taska, tadika dan tabika.

Selain itu, kebersihan diri yang tidak terjaga terutama amalan mencuci tangan, penjarakan fizikal dan penggunaan pelitup muka (face mask) boleh menyebabkan berlakunya jangkitan HFMD, kata Khairy lagi.

Justeru, KKM menasihatkan agar semua ibu bapa, penjaga, pengasuh dan pengusaha taska juga tadika untuk sentiasa menjaga kebersihan dan menuruti panduan serta nasihat yang diberikan KKM.

“Orang ramai terutama ibu bapa yang mempunyai anak kecil dinasihatkan agar tidak membawa anak ke tempat-tempat yang berisiko berlaku penularan jangkitan HFMD,” kata KKM.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: