Kerjasama Ekonomi Turkiye-UAE Buka 100,000 Peluang Kerjaya
TURKIYE, 28 Julai 2023 – Duta Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Ankara telah mengeluarkan kenyataan bahawa perjanjian Comprehensive Economic Partnership Agreement akan membuka sebanyak 100,000 peluang pekerjaan di Turkiye.
Kenyataan tersebut telah dikeluarkan oleh Saeed Thani Hareb Al Dhaheri dalam satu sesi sidang media di Kedutaan UAE di Ankara. Ujarnya,
“Perjanjian ini diharapkan akan memberi pekerjaan terhadap keseluruhan 125,000 orang, termasuk 100,000 orang di Turkiye dan 25,000 orang di UAE.”
BACA JUGA: Hentikan Pembinaan Jalan Baharu Habu-Tanah Rata – NGO
BACA JUGA: Harga Minyak RON95 Dijangka Turun Ogos Ini
BACA JUGA: Pelajar Dipijak Hingga Cedera Tisu Lembut, Polis Rakam Percakapan 3 Saksi
Menurutnya lagi menerusi kenyataan yang sama, perjanjian kerjasama tersebut dijangkakan akan berkuat kuasa pada 1 September tahun ini.
Perjanjian kerjasama tersebut membantu menggalakkan dialog di antara syarikat-syarikat persendirian dan juga akan membuka peluang berkenaan tarif kastam, sebagaimana yang dinyatakan oleh duta tersebut.
Katanya lagi, UAE telah memberikan signifikan yang besar terhadap “dialog dan komunikasi bersama”. Beliau selain itu turut membuat kenyataan bahawa lokasi strategik di antara kedua-dua negara tersebut telah memainkan peranan penting dari sudut geografi.
Perjanjian tersebut telah ditandatangani pada 3 Mac di Abu Dhabi dalam membentuk dasar bagi meningkatkan jumlah perdagangan bukan minyak di antara kedua negara tersebut.
Menerusi ucapan yang sama, beliau turut menyentuh berkenaan aspek agama serta tradisi dan adat yang serupa di antara kedua negara tersebut telah menyumbang kepada hubungan serta kerjasama yang erat di antara keduanya.