Tempatan

Tragedi Ikan Buntal: Orang Ramai Dinasihatkan Tidak Membeli Ikan Buntal Untuk Dimakan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 10 April 2023 – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membeli ikan buntal untuk dimakan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri, Ling Tian Soon.

Beliau berkata demikian susulan daripada kenyataannya yang mengatakan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) sedang menunggu laporan makmal sebelum siasatan kes kematian melibatkan pasangan warga emas yang memakan ikan buntal goreng baru-baru ini dapat dilengkapkan.

Katanya, sebaik sahaja siasatan dilengkapkan, kes tersebut akan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) bagi menentukan sama ada pendakwaan akan dibuat atau pun tidak terhadap pembekal ikan berkenaan.

BACA JUGA: Bukan Melayu Malaysia Hidup Seperti Orang Di Negara Asal

BACA JUGA: Lebih 1 Juta Jemaah, Saudi Tetap Kawasan Larangan Solat Masjidil Haram

BACA JUGA: NGO Gesa SPRM Siasat Majlis Perbandaran Klang

Dalam masa yang sama, beliau mengatakan bahawa JKNJ juga sedang berbincang dengan Kementerian Kesihatan serta pakar dari universiti berhubung aspek perundangan kes tersebut.

Terdahulu, Lim Siew Guan yang berusia 83 tahun meninggal dunia pada 25 Mac lalu selepas menikmati hidangan ikan buntal goreng yang dibeli daripada seorang pembekal dan disusuli suaminya, Eng Kuai Sin@Ng Chuan Sing berusia 84 tahun yang meninggal dunia pada 8 April lalu.

Berikutan kejadian itu, keluarga kepada pasangan terbabit berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap pembekal ikan buntal itu.

Kata anak mangsa, Ng Ai Lee, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) harus menguatkuasakan akta sedia ada dan membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga ada mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa ikan buntal yang mengandungi toksin berbahaya tidak dibenarkan dijual.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: