Kerja Lebih Masa, Pengamal Perubatan Swasta Bangkitkan Isu Gaji
PUTRAJAYA, 13 Mac 2023 – Pengamal perubatan am (GP) swasta dan doktor kontrak mempersoalkan adakah Kerajaan menyediakan dana khas supaya mereka yang terlibat dalam pemanjangan waktu operasi di klinik kesihatan awam boleh membuat tuntutan daripada kerajaan.
Jurucakap Gerakan Hartal Doktor Kontrak (HDK) berkata, mereka juga berharap Kementerian Kesihatan (KKM) menjelaskan bagaimana Kerajaan merancang untuk melaksanakan inisiatif itu.
BACA JUGA: Mentega Terbang: Filem Yang Cukup Jahat – Toqqi
BACA JUGA: KKM Panjang Waktu Operasi Klinik Kesihatan
BACA JUGA: ‘Gelombang Abah’ Lawan Kezaliman, Lebih Besar Daripada Reformasi – Takiyuddin
“Pemasukan GP dalam inisiatif ini adalah baik. Namun, bagaimanakah pelaksanaannya?”
“Berapa lama langkah ini akan dilakukan? Adakah mereka melakukan kajian rintis di tempat lain dan apakah hasilnya?”
Katanya, kementerian mesti mempunyai perancangan dan arahan yang betul bagi mengelak sebarang kekeliruan.
“Apakah jenis kes yang akan ditangani di klinik kesihatan selepas waktu pejabat? Adakah pendidikan akan diberikan kepada orang ramai mengenai perkara ini terlebih dahulu?” soalnya lagi.
Sementara itu, Hartal Doktor Kontrak membuat ciapan dalam Twitternya melanjutkan pertanyaan sama ada mereka mempunyai pilihan atau tidak.
HAHAHAHAHAHAHAHAHA
Ingat GP nak kerja macam doktor kerajaan kerja ke? Siapa nak bayar gaji & operating cost clinic?
& contract Drs ada choice ke? Talk money first lah kalau suruh extend tp tak bayar sama je siap sedia lah ramai2 quit lagi. https://t.co/lS85qsdOYA
— HartalDoktorKontrak (@HKontrak) March 12, 2023
“Ingat GP nak kerja macam doktor kerajaan kerja ke? Siapa nak bayar gaji & operating cost clinic?”
“& contract Drs ada choice ke? Talk money first lah kalau suruh extend tp tak bayar sama je siap sedia lah ramai2 quit lagi.”
Sebelum itu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa menggalakkan agar GP dan doktor kontrak menyokong dan bekerjasama dengan kementerian dalam usaha mengurangkan beban kerja dalam kalangan pekerja kesihatan, serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit.
KKM dalam kenyataan terbaru memaklumkan sebanyak 52 buah Klinik Kesihatan (KK) akan dipanjangkan waktu pengoperasian bagi mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan Hospital Kerajaan.
Walau bagaimanapun, pelawaan Dr Zaliha itu tidak mendapat keyakinan GP dan doktor kontrak memandangkan isu doktor kontrak yang berlarutan sejak sekian lama masih tidak diselesaikan.