Tempatan

‘Kereta Polis Di Luar Rumah Anda’: Menteri Beri Peringatan Ketika Sesi ‘TikTok Live’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Jun 2023 – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka yang membuat komen-komen bersifat mempersendakan beliau serta mempersoalkan polisi-polisi Kerajaan hari ini akan berhadapan dengan tindakan pihak polis.

Menerusi sebuah acara langsung yang dilakukan menerusi medium TikTok pada hari semalam, beliau mengatakan bahawa sesiapa yang menyertai sesi-sesi siaran langsung dan membuat kenyataan yang bersifat sedemikian, mereka sebenarnya sedang diperhatikan oleh pihak berkuasa.

BACA JUGA: Gurauan Minta No Telefon Pelajar Perempuan, PMX Ditegur Tokoh Media

BACA JUGA: WASPADA! Aplikasi “Pink Whatsapp” Bawa Risiko Keselamatan Serius, MCMC Gesa Tidak Muat Turun

BACA JUGA: Empangan Mula Merosot, 1 Berada Di Tahap Kritikal

Beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian setelah menerima banyak kritikan sepanjang acara yang berdurasi sekitar dua jam itu.

Dalam acara yang sama juga ramai peserta yang turut mempersoalkan banyak polisi yang dilakukan oleh pihak Kerajaan.

Fahmi turut menyatakan bahawa pihaknya sedang memerhati dan seseorang itu hendaklah menjaga adab.

Ujarnya juga, jangan marah beliau jika terdapat panggilan atau kereta polis berada di luar rumah anda.

Pada Mac lalu, beliau telah mendapat kecaman setelah mengheret sebuah laporan yang dibuat oleh Berita Harian berkenaan dengan kemungkinan peningkatan kadar “overnight policy” ke dalam media sosial serta turut mengumumkan bahawa beliau akan bertemu dengan pihak pengurusan akhbar itu.

Beliau turut menerima kritikan sejak memegang portfolio kementeriannya dengan mempersoalkan hasil tinjauan bagi 100 hari pertama Kerajaan serta menuduh bahawa platform sosial media sengaja mempromosikan kandungan pembangkang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: