Tempatan

Kereta Polis Dengan Muatan Mercun Bernilai RM25,000 Ditahan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MACHANG, 07 April 2023 – Seorang anggota polis berpangkat Koperal ditahan selepas disyaki menyeludup bunga api dan mercun bernilai RM25,000 menggunakan sebuah trak pikap Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lampu Isyarat Wakaf Bata, Selasa lalu.

Anggota polis berusia 35 tahun itu ditahan bersama rakannya berusia 32 tahun selepas trak pikap jenis Toyota Hilux milik PDRM berkenaan diekori anggota risik Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 kira-kira pukul 7.45 malam.

BACA JUGA: Rang Undang-Undang Kesalahan Seksual Kanak-Kanak Diluluskan Dewan Negara

BACA JUGA: Persiapan Aidilfitri, Kuala Lumpur Dijangka Sesak Sabtu Ini

BACA JUGA: Hakim Kes Loh Siew Hong Tarik Diri Dengar Permohonan Variasi

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kenderaan terbabit dikesan dipandu dalam keadaan mencurigakan dari arah Tanah Merah ke arah Machang sebelum anggota PGA menahannya semasa tiba di lampu isyarat Wakaf Bata.

“Pemeriksaan di bahagian belakang kenderaan itu menemukan sebanyak 15 kotak dan 12 guni mengandungi pelbagai jenis bunga api termasuk mercun yang bernilai RM25,000.”

“Selepas semakan dijalankan, suspek pertama adalah anggota polis yang bertugas di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu, Terengganu manakala rakannya bekerja sebagai mekanik,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, polis sedang mengenal pasti sama ada anggota polis terbabit berada di luar kawasan kerana tugas atau sebaliknya.

Mengulas lanjut, semakan turut mendapati suspek kedua mempunyai lima rekod lampau berkaitan dengan kes dadah.

Kedua-dua suspek ditahan reman empat hari bermula kelmarin untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: