Antarabangsa

Keranda Ptah-em-wia Berusia 3,200 Tahun Timbul Dari Bawah Pasir Di Mesir

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SAQQARA, 03 Oktober 2022 – Sebuah keranda batu milik Ptah-em-wia yang berusia 3,200 tahun muncul dari bawah pasir berhampiran Kaherah, lapor sebuah agensi berita antarabangsa.

Lapor sebuah lagi agensi berita antarabangsa, keranda yang diperbuat daripada granit merah jambu itu dimiliki oleh Ptah-em-wia, dipercayai seorang pegawai tinggi yang memegang pemerintahan Firaun Ramses II, lapornya berdasarkan kenyataan daripada Kementerian Pelancongan dan Kepurbaan Mesir.

Namun begitu, ahli arkeologi dari Universiti Kaherah menemui keranda berkenaan kosong sewaktu ditemui berkemungkinan perompak telah mengeluarkan mumia terbabit pada waktu dahulu berdasarkan daripada keadaan penutup keranda yang dipecahkan, lapor Live Science Owen Jarus.

Biarpun begitu, kesan resin di dalam keranda tersebut telah membuktikan bahawa ia pernah mengandungi jasad mumia.

Mustafa Waziri yang menyelia Majlis Tertinggi Kepurbaan Mesir mengatakan bahawa hieroglif yang tertera pada keranda batu itu menunjukkan bahawa Ptah-em-wia ialah “Setiausaha Diraja, Ketua Pengawas Lembu dan Ketua Perbendaharaan,” di kuil pengebumian Ramses di Thebes.

Beliau juga turut bertanggungjawab atas “Persembahan ilahi kepada semua Tuhan Mesir Atas dan Hilir”.

Firaun Ramses II terdahulu telah membina kuil yang tidak terkira banyaknya di seluruh Mesir bagi menunjukkan pengabdiannya kepada Tuhan antaranya P-Ramesses, Memphis dan Thebes.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: