Antarabangsa

Kerana Teman Wanita, Pemain Arsenal Masuk Islam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELASA, 07 Jun 2022 – Bintang bola sepak kelab liga perdana Arsenal, Thomas Partey berkongsi berita gembira mengenai penghijrahan beliau memeluk agama Islam yang disebabkan oleh teman wanita, Sara Bella.

Partey yang dilahirkan dalam agama Kristian di Wilayah Timur Ghana dan kini membuat keputusan memeluk Islam telah mengejutkan beberapa orang pengikut bola sepak Ghanna.

Melalui sebuah video yang dikongsikan oleh penyiar terkenal, Nana Aba Anamoah, Partey memaklumkan bahawa perkara itu tidak ada yang salah dan beliau berkata,

“Saya mempunyai seorang gadis yang saya cintai, saya tahu orang cantik di sisi saya akan meninggalkan saya tetapi ia tidak menjadi masalah… Saya membesar dengan orang Islam jadi pada penghujung hari ia adalah perkara yang sama.”

Apabila disoal mengenai perkahwinan, beliau memberitahu bahawa beliau sudah berkahwin dan nama Islamnya adalah “Yakubu.”

“Saya sudah berkahwin dan nama Islam saya “Yakubu”.”

Dalam pada itu, baru-baru ini beliau telah dilantik sebagai Ketua Pembangunan di kampung halamannya di Odumase Krobo, Ghana dan pada Jumaat lepas, bekas bintang Atletico Madrid itu dianugerahkan gelaran “Mahefalor” yang membawa maksud sebagai Pertahanan Kawasan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker