Tempatan

Kerana Import, ‘Malapetaka’ Telur Ayam Domestik Bakal ‘Hantui’ Malaysia Tahun Depan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Disember 2022 – Lambakan telur import akan ‘membunuh’ ladang-ladang ayam penelur tempatan, mengakibatkan penternak tidak mahu melanjutkan tempoh pengeluaran, lapor satu sumber kepada sebuah portal tempatan.

Apabila ‘malapetaka telur’ itu berlaku, Kerajaan terpaksa bergantung kepada telur ayam yang diimport dari sumber luar secara berterusan, kata sumber lagi.

Bukan itu sahaja, keadaan ini mendedahkan negara kepada bencana keselamatan makanan kerana kebergantungan kepada pembekal telur luar negara mengakibatkan Malaysia terdedah kepada keputusan bekalan tanpa mempunyai sebarang jaminan daripada pengeluar telur tempatan.

“Sekarang ini, bila Kerajaan sebut langkah import telur India ini cuma bersifat sementara, tapi pengeluar tidak percaya. Pengeluar telur domestik sudah bersepakat untuk cull atau menakai ayam masing-masing. Maksudnya, mahu jual saja ayam telur sebagai ayam pencen.”

“Bila ayam itu ditakai, maka pengeluaran telur domestik akan menyusut. Kami jangkakan, krisis kekurangan telur domestik akan mula berlaku mulai Januari tahun depan, menyusut sebanyak 40 peratus,” kata sumber lagi.

Beberapa hari lalu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) membenarkan kemasukan telur ayam import dari India melalui laluan udara sebagai fasa percubaan.

Kementerian itu dalam kenyataan berkata, inisiatif membawa masuk telur ayam dari sumber luar bukanlah untuk menekan pengusaha industri telur ayam tempatan.

Sebaliknya, kata MAFS, langkah itu bagi memastikan kecukupan bekalan telur ayam dalam negara dengan harga yang kompetitif.

“Buat apa lagi kami mahu perjudikan perniagaan kami, sedangkan Kerajaan cuma ambil langkah tanpa memikirkan kesan jangka panjang,” kata sumber lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: