Kerana Dapatkan Bantuan Psikiatri, Bekas Doktor Pelatih Dipanggil Cik Schizophrenia
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
GEORGE TOWN, 17 Mei 2022 – “Doktor yang sama mula memanggil saya Cik Schizophrenia setiap kali saya tidak dapat menjawab soalan saya kerana dia mendapat tahu saya mendapatkan bantuan psikiatri.”
Seorang bekas doktor pelatih yang hanya ingin dikenali sebagai Alice (bukan nama sebenar) menceritakan bagaimana dia didera oleh beberapa doktor di sebuah hospital di Selangor sehingga dia perlu mendapatkan rawatan psikiatri dan merasa ingin membunuh diri.
Dia yang berusia 35 tahun itu berkata, dia didera selama dua bulan oleh pegawai perubatan setiap kali membuat lawatan wad di bahagian perbidanan dan ginekologi ketika mula menjadi menjalani latihan di Selangor.
“Dia mendera saya, bertanya kenapa saya memilih untuk menjadi menjalani latihan ketika saya hamil,” kata Alice kepada FMT.
Mengulas lanjut, Alice bercerita dia berdepan cercaan dan kata-kata kesat daripada doktor pakar di jabatan pembedahan setelah dia menyambung semula latihan sebagai doktor pelatih apabila tamat cuti bersalin.
Jelasnya, doktor memberitahu rakan sekerjanya untuk membuat lukisan bahagian kemaluannya dan teman lelakinya selepas rakan sekerja itu gagal membuat lakaran prosedur pembedahan di hadapan pesakit dan keluarganya.
Tidak keseorangan, Alice turut memberitahu bahawa ada seorang lagi doktor pelatih yang senasib dengannya.
“Doktor pakar itu memberitahu doktor berkenaan bahawa dia bodoh kerana mengandung dan menyumpah supaya anak yang dikandung doktor berkenaan juga bodoh.”
Katanya, mereka berdua sering menangis selepas membuat lawatan wad.
Mengingati semula pengalaman sendiri membuatkan Alice bersimpati dengan doktor pelatih yang nekad dan terfikir mahu membunuh diri kerana merasakan sudah tidak lagi berdaya melawan perasaan dan tidak mendapat bantuan.
“Saya sentiasa berdebar-debar sebelum setiap kali mahu pergi bekerja kerana anda tidak tahu bagaimana doktor pakar terbabit akan mendera kamu dengan kata-katanya.”
“Cukup-cukuplah,” katanya yang telah berhenti daripada perkhidmatan kesihatan selepas tiga tahun menjadi doktor pelatih (dilanjutkan setahun kerana cuti bersalin) dan pegawai perubatan hampir dua tahun.
Dalam pada itu, Alice menyatakan dia bersedia bersedia untuk memberi keterangan di hadapan pasukan petugas khas bebas yang menyiasat kes buli dan penderaan doktor junior di hospital awam.