Tempatan

Kerakyatan Diberikan Kepada 1 Juta Pendatang, Tun M Sanggah Kenyataan Melayu Angkuh PM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 April 2023 – “Kerakyatan telah diberi kepada 1 juta pendatang tanpa memenuhi syarat dan mereka dibenar meneruskan adat-resam, budaya, sekolah, bahasa, agama dan cara hidup negara asal mereka.”

“Apabila Negara capai kemerdekaan, mereka diberi hak mengundi dan wakil-wakil mereka dilantik menjadi Menteri dan ke lain-lain jawatan tertinggi di dalam Kerajaan.”

“Bukan seorang tetapi jika dikira dari sejak merdeka sehingga ke hari ini, sudah ratusan jika tidak ribuan jika dicampur semua jawatan-jawatan menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen serta lain-lain jawatan penting.”

Ini kenyataan balas Tun Dr Mahathir Mohamad susulan kenyataan dari Perdana Menteri Kesepuluh, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mengingatkan “orang Melayu supaya tidak berasa terlalu selesa dan angkuh sehingga menganggap kelompok lain tidak boleh diraikan.”

BACA JUGA: Fenomena Gerhana Matahari Separa Khamis Ini, JAIS Seru Tunaikan Solat Sunat Gerhana

BACA JUGA: Kadar Bayaran Saman Trafik RM50 Sahaja Bermula Jumaat Ini

BACA JUGA: Penyelenggaraan Lebuhraya Tidak Kritikal Dihentikan Serta Merta Hingga 7 Mei Ini

Kata Tun M, kenyataan PMX yang dikeluarkan setelah lawatan ke Kemboja itu agak pelik serta ganjil kerana ia menghina orang Melayu sebagai angkuh dan tidak bersikap seperti majoriti orang beragama Buddha di Kemboja yang meraikan minoriti Islam.

“Pertamanya, orang Melayu sejak sebelum dan selepas Merdeka telah meraikan ramai kaum-kaum lain,” tegas beliau.

“Tokong-tokong besar yang dibina di merata tempat di Semenanjung Tanah Melayu tidak pernah merasa terancam. Begitu juga patung-patung keagamaan yang besar terdiri di serata pelusuk Tanah Melayu malahan di antara yang terbesar di dunia terdapat di Kelantan, di mana penduduk Melayunya melebihi 95 peratus.”

Tambah Tun M lagi, ekonomi negara juga jelas di dalam pegangan bukan Melayu.

“Yang menjadi bilionair lebih 90 peratus adalah bukan Melayu.”

Kerana itu, kata mantan Perdana Menteri itu lagi, “Untuk orang Melayu pertahan serba sedikit yang tinggal itu Anwar anggap angkuh. Cuma apabila sudah tiada ada apa milik Melayu barulah tidak angkuh?”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: