Tempatan

CPTPP ‘Gugat’ Konsep Malaysia Madani PMX – Sekretariat MAMPIR

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 24 Januari 2023 – Haji Razali bin Daud menekankan bahawa CPTPP merupakan cabaran terbesar kepada konsep Madani yang ingin dilaksanakan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata sedemikian semasa himpunan Penyerahan Amanat Rakyat Tarik Balik Ratifikasi CPTPP di Dataran Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya baru-baru ini.

Wakil dari Sekretariat Muwasolah Agamawan dan Aktivis Memperkasa Institusi Raja-Raja (MAMPIR) itu juga berkata, “Atas kefahaman golongan agamawan bahawa konsep Madani itu sangat baik, telah diteliti oleh ramai tokoh-tokoh ilmuwan dan agamawan.”

BACA JUGA: Standard Baru Pelepasan Motosikal Di Singapura Berkuat Kuasa April Ini

BACA JUGA: Usul Tiada Pertandingan, Ahli UMNO Lapor ROS

BACA JUGA: Pamer Produk Makanan Tamat Tempoh, JKNS Keluarkan 5 Notis Kesalahan

Tambahnya, konsep Madani yang dibentangkan oleh Perdana Menteri juga dapat memberi kesejahteraan kepada semua rakyat Malaysia.

Justeru itu, untuk merealisasikan konsep tersebut, Haji Razali menggesa agar CPTPP ditarik balik.

“Kami mohon tarik balik CPTPP yang boleh menjadi ancaman terbesar kepada pelaksanaan kelangsungan konsep Madani!”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: