Tempatan

‘Rokok’ Dadah: MO Baharu Pengedar, Pasangan Kekasih Ditahan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 Oktober 2022 – Kegiatan sepasang kekasih yang menjual dadah menggunakan modus operandi bentuk rokok terbongkar selepas ditahan polis dalam Op Grace di sebuah unit kondominium di Jalan Seri Wangsa, Wangsa Maju, kelmarin.

Pasangan kekasih berusia 29 dan 30 tahun yang juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dan Diploma Pengurusan Hotel itu aktif melakukan aktiviti tersebut sejak tiga bulan lalu dan disyaki mempelajari cara memproses dadah Mushroom serta cecair vape mengandungi dadah itu melalui dalam talian.

“Dadah itu dijual pada harga RM100 hingga RM150 sebatang,” kata Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yahaya Othman.

Beliau turut memaklumkan mereka mendapat bekalan dadah melalui laman web gelap (dark web) dari luar negara sebelum diproses menjadi rokok dan dijual di pasaran tempatan pada harga tinggi.

Menjelaskan lebih lanjut, siasatan mendapati dadah tersebut akan diproses di rumah yang disewa mereka sebelum dijual semula kepada pelanggan dengan menjualnya secara terus kepada pelanggan di Lembah Klang, manakala penghantaran kepada pelanggan luar Lembah Klang pula dibuat melalui perkhidmatan kurier.

Datuk Yahaya Othman memaklumkan, serbuan pukul 6.50 petang itu dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur yang merampas dadah serta peralatan memproses dadah bernilai RM1.5 juta.

Pihak polis menahan pasangan itu di kawasan lobi kondominium sebelum membawa ke sebuah unit kediaman yang dijadikan makmal memproses dadah dan hasil pemeriksaan menemukan beberapa guni dadah jenis Mushroom seberat 57 kilogram (kg), dadah jenis ganja (17.7 gram), serbuk proses dadah (2.9 kg), 23 botol cecair vape mengandungi dadah, 27.8 liter cecair kimia dan pelbagai peralatan memproses dadah.

“Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari sehingga 18 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: