Tempatan

Kerajaan Pertimbang Cadangan Wujudkan Aplikasi Media Sosial Khas Untuk Rakyat Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 Ogos 2024 – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan, kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan untuk membangunkan aplikasi media sosial khusus untuk kegunaan rakyat Malaysia.

Menerusi satu laporan media tempatan, menteri itu berkata, langkah ini diambil kerana beberapa penyedia aplikasi media sosial telah meraih keuntungan daripada rakyat Malaysia namun gagal memastikan keselamatan pengguna terjamin.

Ujar beliau, “Tahun lalu dianggarkan Facebook sahaja memperoleh AS$600 juta dari Malaysia tetapi apa yang mereka lakukan untuk memastikan keadaan dan penggunaan platform mereka di Malaysia selamat?”

“Mereka kurang komitmen, jadi kita perlu mengkaji dan menilai keadaan. Tidak mudah untuk membangunkan platform media sosial sendiri, tetapi beberapa negara mencubanya. Kami akan mempertimbangkannya.”

Ia susulan pemadaman hantaran media sosial berkaitan Palestin yang dilakukan Meta Platforms Inc. baru-baru ini.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri meluahkan rasa kesal apabila Facebook bertindak memadam hantaran yang menunjukkan pertemuan antara Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersama pemimpin pejuang Hamas, Ismail Haniyeh pada Mei lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: