Tempatan

Kerajaan Pertimbang Cadangan Pengeluaran Bertingkat Bagi Pencarum KWSP Berumur 55 Tahun

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 Julai 2023 – Pihak Kerajaan kini berada dalam fasa akhir dalam memperhalusi cadangan dalam mewajibkan para pencarum baharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur 55 tahun ke atas untuk melakukan pengeluaran bertingkat.

Sebelum ini, kaedah yang digunakan adalah para pencarum yang berumur 55 tahun akan dapat mengeluarkan simpanan mereka secara keseluruhan secara terus.

BACA JUGA: PRN: 661, 905 Pengundi Muda Lingkungan 18-20 Tahun

BACA JUGA: ‘BN Perasuah’: Kenyataan Pua Selari ‘Agenda’ DAP, Kata Bekas Pemimpin Parti

BACA JUGA: Gempar! Lelaki Kristian Mesir Curah Alkohol, Pijak & Lempar Al-Quran

Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga merupakan Menteri Kewangan telah menyatakan bahawa pihak Kerajaan tidak mempunyai sebarang bangkangan terhadap cadangan yang dibuat oleh pihak KWSP itu.

Menurut Anwar lagi, pihak Kerajaan akan menyerahkan urusan berkenaan hal tersebut kepada KWSP dalam melaksanakan cadangan itu.

Namun beliau juga turut menyatakan bahawa terdapat beberapa sekatan bagi pencarum dalam perlaksanaan cadangan tersebut terutamanya bagi para pencarum yang tidak mempunyai dana simpanan yang cukup.

Beliau berkata demikian ketika berada di dalam majlis Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2023 pada hari ini.

Pada Rabu lalu, KWSP telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka masih belum memutuskan tentang kemungkinan mewajibkan pengeluaran bersyarat atau bertingkat bagi para pesara yang berusia 55 tahun ke atas bagi para pencarum baharu pada masa hadapan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: