Tempatan

Mereka Berani Langgar Peraturan, Kenapa Kita Yang Ada Peraturan Tidak Berani? – Mufti Pahang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 Mac 2022 – “Kenapa kumpulan evangelis tersebut boleh berani sedangkan kita yang ada peraturan tidak berani?” soal Sahibus Samahah Mufti Pahang Dato’ Sri Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Osman.

Persoalan itu dilontarkan beliau dalam Konvensyen Perundangan: Mengarusperdanakan Syariah yang dianjurkan oleh Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) di Hotel Tamu & Suites, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ia berikutan daripada sikap sesetengah pihak yang berani untuk menukar Malaysia, sebuah negara Islam serta KDYMM Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Agama dan Raja Pemerintah kepada sebuah negara republik.

“Siapa sahaja yang ada cuba-cuba saja untuk menjatuhkan Raja ataupun anak Raja, Tengku Mahkota dan cuba untuk berselindung ataupun bersubahat boleh didakwa,” tegas beliau.

Namun yang demikian, beliau berkata, melihat daripada isu-isu yang berlaku di Malaysia ketika ini, undang-undang yang sedia ada tidak dikuatkuasakan dan ramai umat Islam masih tidak mempunyai kesedaran mengenai hal ini.

Beliau memaklumkan, dalam khutbah Jumaat Negeri Pahang, semua jemaah akan diingatkan untuk memperkukuhkan perpaduan umat Islam agar dapat mengekalkan pemerintahan negeri dan negara di bawah pemerintahan Raja berperlembagaan dan pemimpin Islam yang bertaqwa.

Dengan itu, beliau berpandangan, agar pertemuan antara Majlis Agama Islam setiap negeri dan Jabatan Mufti dapat dilaksanakan bagi membincangkan serta mendedahkan perkara itu kepada penceramah yang bertauliah agar ia dapat disampaikan kepada masyarakat.

Menurut beliau, hal ini supaya nasib agama dan umat Islam sentiasa terbela dan dihormati bukan sahaja Malaysia malah di seluruh dunia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: