Antarabangsa

CDC Gagal Hantar Amaran Miokarditis Kesan Vaksin Covid-19 – Media

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK CITY, 19 Januari 2024 – Media The Epoch Times telah membuat kenyataan bahawa US Centers for Disease Control (CDC) tidak pernah menghantar amaran kesihatan segera yang pihak mereka telah rangkakan pada Mei 2021 mengenai kemungkinan kesan sampingan maut yang berkait dengan vaksinasi Covid-19.

Menurut kenyataan yang sama, CDC terus menggalakkan orang ramai untuk mengambil suntikan vaksin tersebut tanpa amaran terhadap orang awam. Kenyataan tersebut menurut pihak media terbabit, adalah berdasarkan sebuah dokumen yang telah diperolehi oleh pihak mereka pada Rabu lalu.

Menerusi emel antara agensi yang bertajuk “draft alert on myocarditis and mRNA vaccines” yang diperolehi oleh media tersebut, seorang pegawai CDC Dr. Demetre Daskalakis telah memberitahu dua orang rakan sekerja beliau yang berpangkat atasan bahawa beliau telah menyertakan “draf terbaharu tentang amaran sebagaimana yang telah dibincangkan.”

Agensi terbabit kemudiannya telah menyebarkan apa yang disifatkannya sebagai “maklumat kesihatan yang amat penting” kepada para doktor serta pegawai kesihatan awam di peringkat kebangsaan, negeri serta masyarakat tempatan menerusi sebuah sistem yang dipanggil Health Alert Network.

Amaran tersebut kemudiannya dikatakan telah disediakan untuk disebarkan menerusi rangkaian sistem tersebut, namun ianya sama sekali tidak pernah diterbitkan.

Walaupun teks sebenar amaran tersebut tidak pernah diumumkan kepada orang awam, CDC telah pun mengenal pasti beberapa kes miokarditis – keadaan jantung yang berpotensi membawa maut – terhadap beberapa individu yang telah disuntik dengan vaksin yang berasaskan mRNA daripada Pfizer dan Moderna setelah beberapa bulan.

Dilaporkan juga bahawa walaupun peningkatan miokarditis telah diperakui di peringkat dalaman agensi, namun ianya terus menggesa semua warga Amerika Syarikat (AS) untuk menerima suntikan vaksinasi tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: