Tempatan

Kerajaan Perlu Justifikasi Kukuh Mahu Hapus Monopoli BERNAS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 12 Disember 2022 – Berhubung cadangan menghapuskan monopoli Padiberas Nasional Bhd. (BERNAS) dalam import beras di negara ini, Kerajaan dilaporkan perlu menyediakan justifikasi dan langkah susulan yang kukuh.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Ahmad Yahya dalam pada itu turut mempersoalkan sama ada langkah tersebut akan membuka ruang kepada syarikat swasta lain untuk mengimport beras.

“Bagaimana kesan dan impak kepada pengusaha beras tempatan yang terpaksa bersaing disebabkan harga beras import yang lebih murah? Apakah ada jaringan keselamatan terhadap perkara tersebut?”

“Bagaimana Kerajaan akan mengawal import beras sedangkan langkah sedia ada dilakukan bagi mengawal selia jumlah beras yang diimport memenuhi keperluan dan permintaan?” soal beliau.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dikatakan telah menegur tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary kerana memonopoli import beras di negara ini.

Menurut Datuk Ahmad, istilah ‘monopoli’ oleh Bernas sebenarnya obligasi sosial yang ketat bahkan Kerajaan mengawal sepenuhnya bidang kuasa syarikat tersebut ketika ini melalui ‘saham keemasan’.

Namun, persoalan beliau, adakah syarikat swasta yang lain turut diikat dengan obligasi yang sama seperti yang ditanggung Bernas?

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: