Kerajaan Pahang Sumbang RM500 Buat Jemaah Haji Bermula Tahun Ini
KUANTAN, 20 Mac 2023 – Kerajaan Pahang akan menyumbangkan sebanyak RM500 kepada setiap jemaah haji bermula tahun ini dan tahun-tahun seterusnya.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, sumbangan tersebut akan diberikan buat jemaah haji yang menerima tawaran daripada Tabung Haji.
Ia bertujuan untuk memudahkan dan meringankan ibadah para jemaah yang bakal menunaikan haji pada tahun ini.
BACA JUGA: Orang Melayu Lemah, Mudah Pihak Lain Jalankan Agenda
BACA JUGA: Larangan JAIS Tegah Umat Islam Ziarah Rumah Ibadat Lain, Dibantah MUDA
BACA JUGA: “Jom Ziarah Gereja”: MAIS Persoal Risalah & Iklan Masih Mengelirukan
Jelasnya dalam ucapan pada Penutup Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Pahang Kali Ke-66 di Dewan Utama Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), “Ini adalah usaha yang gigih daripada kepimpinan YAB Menteri Besar Pahang sehinggakan bakal-bakal haji akan disumbangkan sebanyak RM500 setiap seorang seandainya mereka ditawarkan nanti.”
Majlis tersebut disempurnakan oleh YAM Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan berlangsung selama tiga hari bermula 14 hingga 16 Mac 2023.
Pertandingan tilawah itu menerima penyertaan daripada 28 peserta mewakili 13 daerah masing-masing, termasuk dua johan menunggu mewakili daerah Kuantan dan Raub.