Tempatan

Siti Bainun Diarah Bela Diri, Walaupun Tiada Peguam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Januari 2023 – Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun diperintahkan untuk membela diri oleh pihak mahkamah walaupun tidak diwakili peguam.

Lapor berita tempatan, Hakim Izralizam Sanusi memerintahkan sedemikian selepas memutuskan prosiding perlu diteruskan agar tidak mengganggu kes.

“Mahkamah mempunyai budi bicara mutlak untuk membenarkan atau menolak permohonan penangguhan. Dalam kes ini, saya perlu menggunakan budi bicara saya. Jadi hari ini, kami akan mulakan dengan anda membaca kenyataan saksi yang telah anda terima oleh pihak pendakwaan,” ujar Izralizam kepada Siti Bainun selepas mengambil kira kenyataan yang mempunyai kira-kira 200 muka surat itu.

Tambahnya, “Saya juga bimbang tetang hak anda untuk diwakili peguam. Jadi, saya akan menangguhkan pemeriksaan balas oleh timbalan pendakwa raya.”

BACA JUGA: Al-Azhar Gesa Negara Islam Boikot Produk Belanda & Sweden

BACA JUGA: Homoseksualiti Satu Dosa, Bukan Jenayah – Pope Francis

BACA JUGA: Malaysia Tidak Tolak Ansur Tindakan Bakar Al-Quran – PM

“Anda telah berjanji untuk melantik peguam dalam tempoh sebulan. Memandangkan hari perbicaraan ditetapkan pada 20 Feb, saya pasti DPP boleh melakukan pemeriksaan balas mereka dengan anda yang mempunyai peguam pada masa itu.”

Lanjutan itu, apabila ditanya sama ada sudah memfailkan aduan kepada Badan Peguam Malaysia mengenai peguamnya, Siti Bainun menjawab, “Tidak, kerana mereka masih membantu saya menyediakan penyata tuntutan dan dokumen lain berkaitan prosiding.”

Terdahulu, dua peguam terakhir yang mewakili Siti Bainun telah menarik diri daripada kes tersebut, menyebabkan dia tidak mempunyai representasi undang-undang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: