Antarabangsa

Makan Daging Dijangkiti, 1 Maut, Puluhan Disahkan Positif Antraks

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

YOGYAKARTA, 05 Julai 2023 – Satu maut manakala puluhan yang lain disahkan dijangkiti antraks selepas memakan daging lembu yang mati kerana sakit.

Lapor sebuah agensi berita Indonesia, Ketua Perkhidmatan Kesihatan Kabupaten Gunungkidul, Dewi Irawati menyatakan penyakit tersebut terdedah apabila pihaknya menerima laporan dari sebuah hospital bahawa terdapat seorang pesakit lelaki warga emas berusia 73 tahun yang meninggal dunia akibat antraks pada 04 Jun yang lalu.

Susulan daripada kes terbabit, pihak Perkhidmatan Kesihatan daerah itu melakukan siasatan lanjut dan hasil daripada siasatan mendapati, pesakit itu sebelumnya sempat menyembelih dan memakan daging lembunya yang mati kerana sakit.

BACA JUGA: Malaysia Desak Majlis Keselamatan PBB Tuntut Zionis Hentikan Jenayah Kejam

BACA JUGA: Lelaki Rusia Mabuk Bakar Al-Quran Dalam Masjid

BACA JUGA: Jabatan Pendaftaran Negara Nafi Lantik Ejen Bagi Tawaran Perkhidmatan

“Menyembelih dan memakan haiwan ternak yang mati kerana sakit. Jadi yang meninggal satu, yang dipastikan kerana antraks. Dipastikan (kerana daging yang dimakan), kerana hasil pemeriksaannya memang positif antraks,” kata beliau sewaktu dihubungi semalam.

Hasil pemeriksaan lanjut turut mendapati bahawa pesakit tersebut turut membahagikan daging sembelihan tersebut kepada jiran-jirannya yang lain.

Berikutan itu, seramai kira-kira 125 orang diwajibkan untuk diambil sampel darahnya.

“Sebahagian positif, 85. Tapi sebahagian besar tidak bergejala,” jelas beliau lagi.

Bertitik tolak daripada itu, pihak Perkhidmatan Kesihatan dengan segera memberikan antibiotik kepada pesakit yang dijangkiti.

Malah, pihak Perkhidmatan Kesihatan turut membuat hebahan kepada orang ramai supaya memakan daging dari ternakan yang sihat sahaja.

Menurut portal MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), antraks merupakan sejenis penyakit berpunca daripada kuman atau bakteria yang membentuk spora bernama bacillus anthracis.

Kebiasaannya, ia menjangkiti haiwan namun sekiranya manusia terdedah kepada spora tersebut, ia boleh menyebabkan demam yang serius.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: