Tempatan

Kerajaan Mesti Bertindak Segera Wujudkan SOP Jejak & Kesan Pelancong – Ketua Pembangkang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 05 Januari 2023 – Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Bin Zainudin menggesa Kerajaan bertindak segera bagi menghadapi sebarang kemungkinan penularan varian baharu COVID-19, antaranya dengan mewujudkan SOP yang mempunyai perincian yang mampu memantau serta menjejaki pengembara yang berada dalam negara.

Seterusnya, Kerajaan juga perlu mengambil kira keupayaan sistem kesihatan awam (national health care system), selain mewujudkan SOP yang bersifat mencegah (preventive) agar penularan varian tersebut dapat dibendung dengan berkesan, saran beliau.

BACA JUGA: Kerajaan Lebih Sayangkan Pelancong China Walaupun COVID Menggila – Hj Aminuddin Yahaya

BACA JUGA: Isu Pelancong China: ‘Ini Tanah besar ‘MaChina’ Maa..’ – CIJ

BACA JUGA: Isu Pelancong China: Kerajaan Perlu Tegas Sebelum Nasi Jadi Bubur

Dalam hantaran di Facebooknya, Ahli Parlimen Larut itu juga turut menggesa Kerajaan segera mengaktifkan Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan semua jabatan dan agensi Kerajaan bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Dato’ Seri Hamzah juga mengingatkan bahawa, SOP yang diwujudkan mestilah adil kepada semua pihak bagi memelihara kelangsungan kehidupan rakyat, terutama mereka yang terlibat dalam industri pelancongan dan perniagaan.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi kenyataan media Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa memaklumkan, “Berdasarkan maklumat yang dilaporkan negara China kepada pihak WHO, varian dan subvarian yang ada di China juga telah dikesan di Malaysia.”

Dengan itu, KKM menggesa orang ramai yang telah menerima dos penggalak pertama yang melebihi tempoh enam bulan agar mendapatkan dos penggalak kedua serta tidak menunggu vaksin bivalen.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: