Kerajaan Lebih Sayangkan Pelancong China Walaupun COVID Menggila – Hj Aminuddin Yahaya
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 04 Januari 2023 – “Nampaknya Kerajaan lebih ‘sayangkan’ pelancong China yang berjuta-juta dan berduyun-duyun masuk ke Malaysia walaupun penularan varian baru COVID-19 di negara itu sedang menggila,” tegas Timbalan Pengerusi Gerakan Tanah Air, Hj Aminuddin Yahaya dalam satu hantaran di Facebooknya.
Pendirian Kerajaan untuk meneruskan kemasukan pelancong dari negara yang menjadi punca pandemik COVID-19 itu membuatkan rakyat Malaysia hidup dalam kebimbangan malah, keputusan itu dikatakan seolah-olah beriya-iya dalam menggalakkan pula.
BACA JUGA: Ujian COVID-19 Ke Atas Semua Pelancong China Sebelum Terbang – Pakar
BACA JUGA: Bawa Masuk Pelancong China, KKM Mahu Rakyat Ambil Dos Penggalak
BACA JUGA: COVID-19: Malaysia Perlu Berhati-Hati Menerima Pelancong Dari China
Tidak cukup menimbulkan rasa bimbang susulan ketibaan pelancong dari negara tersebut, kenyataan Menteri Pelancongan, Tiong King Sing yang meminta orang ramai agar berhati-hati terhadap komen mereka dikatakan sungguh mengecewakan.
“Jangan takutkan pelancong dari China? Ini adalah sesuatu yang merepek yang cukup luar biasa.”
Menurut Hj Aminuddin, hal ini lebih membimbangkan apabila tidak lama selepas beliau (menteri) ‘merepek’, dilaporkan pula bahawa dua varian utama dari negara China sudah mula merebak di Malaysia.
Bukan itu sahaja, malah media tempatan turut melaporkan lagi mengenai 96.5 peratus sampel air kumbahan pesawat dari China yang diuji oleh pasukan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan dikesan terdapat virus COVID-19 di dalamnya.
“Sampai sekarang tiada permohonan maaf dari menteri tersebut, apatahlagi tindakan drastik dari pihak Kerajaan. Sepatutnya Kerajaan sejak dari awal lagi mengambil iktibar akan apa yang berlaku di Itali baru-baru ini. Hampir separuh dari penumpang yang tiba dari China positif Covid-19.
Inilah antara asas kebimbangan rakyat Malaysia. Bukan saja-saja nak takut-takut, apatahlagi kebencian kaum.”
Tambahan pula, ketika ini banyak negara yang sudah mengambil tindakan tegas terhadap kemasukan pelancong China demi menjaga nyawa rakyat mereka
“Di Malaysia? Jangan takutkan pelancong? Merepek sungguh.”