Tempatan

Kerajaan Kurangkan Penggunaan Gula 50 Peratus Bagi Semua Acara, Mesyuarat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 04 Ogos 2024 – Kerajaan melaksanakan pengurangan penggunaan gula sebanyak 50 peratus dalam semua acara serta mesyuarat yang dianjurkan.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil langkah itu yang berkuatkuasa semalam diambil bagi mengatasi dan membendung penyakit kencing manis yang semakin meruncing dalam kalangan rakyat di negara ini.

“Semua minuman akan disediakan secara gula tidak dimasukkan. Jadi kita akan kurangkan penggunaan gula.”

“Biar manis di senyuman bukan di minuman. Ini adalah keputusan Jemaah Menteri untuk mewujudkan satu suasana yang lebih sihat,” ujar beliau.

Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023,  jumlah rakyat Malaysia yang menghidap diabetes direkodkan mencecah 15.5 peratus yang mana kumpulan rakyat tertinggi yang menghidapi penyakit tidak berjangkit itu adalah berusia 60 tahun ke atas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: