Kerajaan Komited Lindungi Hutan
KUALA LUMPUR, 07 Julai 2023 – Kerajaan dengan kerjasama Kerajaan Negeri komited menangani isu konservasi hutan melalui Rang Undang-Undang (RUU) Perhutanan Negara (Pindaan) 2022.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Malaysia memainkan peranan penting dalam pemuliharaan hutan lebih-lebih lagi peningkatan pembangunan dan industri turut menyumbang kepada masalah perubahan iklim.
BACA JUGA: Perlis Pasang Solar, Kurangkan Pelepasan Karbon
BACA JUGA: Malaysia Kritik Sikap Pilih Kasih Barat Lindungi Rejim Israel
BACA JUGA: Fenomena Gelombang Haba, Nasihat Akan Dikeluarkan Jika Suhu Melebihi 37 Darjah Celsius
“Cabaran paling utama perubahan iklim adalah memastikan keseimbangan dan keadilan pemuliharaan alam sekitar di peringkat global,” katanya dalam dalam sidang media Mesyuarat Pelantikan Panel Penasihat Perubahan Iklim di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Khamis.
Justeru, pihaknya akan melakukan perbincangan bersama Kerajaan Negeri bagi meneruskan usaha ini.
Nik Nazmi memaklumkan, Kerajaan membuat peningkatan besar menerusi pindahan fiskal ekologi daripada RM70 juta kepada RM150 juta selain menambah bilangan renjer sebagai usaha memulihara hutan di setiap negeri.