Tempatan

Memurtadkan Kanak-Kanak Ini Tanpa Melalui Proses Mahkamah Adalah Angkuh Dan Biadap – Fatihah Jamhari

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 Februari 2022 – “Tuntutan untuk kononnya membetulkan keadaan dengan memurtadkan kanak-kanak ini tanpa melalui proses mahkamah adalah angkuh dan biadap,” ujar Fatihah Jamhari.

BACA: Polis Mesti Ambil Tindakan Terhadap Pihak Berkuasa Agama Perlis – P. Ramasamy

BACA: Enakmen Islam Perlis Bertentangan Keputusan Mahkamah Persekutuan – Dr P. Ramasamy

BACA: Kenyataan Dr P. Ramasamy Bersifat Provokatif Dan Melampau – Pengerusi PEMBELA

Menurut Ketua Biro Bahagian Undang-Undang & Hak Asasi Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), malangnya isu pengislaman kanak-kanak ini dijadikan rencah untuk kes perebutan hak penjagaan pasangan sehinggakan Islam dilihat sebagai menindas.

Beliau berkata demikian bagi membantah desakan yang tidak berperlembagaan oleh Majlis Perundingan Buddhisme, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) termasuk beberapa ahli politik kepada Jabatan Agama Perlis bagi membatalkan penukaran agama anak-anak itu yang sedang diperkatakan sekarang.

Menurut beliau, hal ini sangat tidak masuk akal sedangkan proses pengislaman kanak-kanak dilakukan tanpa paksaan dan atas kemahuan ayah mereka.

Buktinya, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sendiri yang mengakui ayah kepada tiga orang kanak-kanak itu sendiri mahu keislaman anak-anaknya terus dipertahankan.

Walhal menurut Mufti Perlis juga, “Pihak berkuasa agama Perlis tidak mempunyai sebarang bantahan pun sekiranya mereka tidak mahu memeluk agama Islam, namun bapa mereka sendiri telah membuat panggilan telefon meminta bantuan mempertahankan pemelukan Islam anak-anaknya itu.”

“Saya rasa isu ini sengaja dipolemikkan secara salah oleh pihak tertentu dengan penggunaan istilah yang salah bagi mengelirukan semua orang agar agama Islam terlihat negatif, itu motifnya” tegas beliau.

Justeru, Fatihah Jamhari turut menegaskan bahawa kalau betul pihak-pihak yang terbabit masih tidak berpuas hati mereka boleh sahaja memulakan proses mahkamah, ujarnya mengakhiri perbualan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: