Antarabangsa

Kerajaan Jangan Paksa Pelajar Muslim Sertai Ritual Sembah Matahari — NGO Islam

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LUCKNOW, INDIA, 10 Januari 2022 – Pertubuhan bukan kerajaan, All India Muslim Personal Law Board (AIMPLB) bertegas menentang arahan kerajaan kepada semua sekolah di negara itu untuk melakukan ritual ‘Surya Namaskar‘ bersama-sama bagi meraikan sambutan 75 tahun kemerdekaan India.

AIMPLB menyeru para pelajar yang beragama Islam untuk tidak menyertai program tersebut kerana ritual itu adalah bentuk ibadah bagi menyembah Matahari kerana perbuatan tersebut adalah ditegah kerana mensyirikkan Allah.

Maulana Khalid Saifullah Rahmani, Setiausaha Agung AIMPLB berkata, “Setiausaha Pendidikan Sekolah menurut pekeliling telah mengarahkan untuk menganjurkan Surya Namaskar di 30,000 buah sekolah sebagai sebahagian dari perayaan Kemerdekaan, ianya bertentangan dengan hak yang diberi dalam Perlembagaan.”

“Surya Namaskar adalah bertentangan dengan Perlembagaan dan ialah patriotisme yang salah memandangkan golongan minoriti dalam negara ini tidak beriman dengan penyembahan berhala… jadi memaksa perbuatan itu adalah tidak selari dengan Perlembagaan.”

“Golongan minoriti, termasuk Kristian yang tidak menyembah berhala dan menganggap Matahari sebagai Tuhan… jadi kami mahu mengangkat isu ini kepada kerajaan dan membangkitkan kebimbangan kami.”

Surat pekeliling Kementerian Pendidikan India yang bernombor No. F.No. 12-5/2020-IS-4 bertarikh 16 Disember 2021 telah mencatatkan bahawa kementerian itu telah membuat keputusan untuk melancarkan “projek 750 juta Surya Namaskar dari 1 Januari 2022 sehingga 7 Februari 2022.”

Gulam Rasool Balyawi, seorang tokoh politik yang beragama Islam bersetuju dengan bantahan dari AIMPLB itu.

“Dalam Islam, kita beribadah hanya kepada Allah. Mereka yang mengikuti Allah dan Islam tidak boleh menyembah apa-apa objek yang telah diciptakan oleh Allah. Kami sembah dia yang Maha Pencipta dan bukan makhluk yang diciptakan.”

Sebagai rekod, ramai pihak pendidik di India amat menitik beratkan pembabitan semua pelajar dalam ritual Surya Namaskar sehinggakan Devi Ahilya Universiti pernah menggantung 263 orang pelajar kerana gagal untuk datang menyertai majlis ritual Surya Namaskar pada Januari 2019.

Leave a Reply

Back to top button