Tempatan

Kerajaan Jangan Flip Flop Dengan Undang-Undang Antarabangsa – Hanif Khatri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2021 – “Kerajaan tidak boleh flip flop dalam isu undang-undang antarabangsa dan undang-undang sejati,” kata peguam, Haniff Khatri dalam Facebooknya.

Ulasan ini disiarkan selepas kerajaan mengumumkan bahawa satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi menyemak semula undang-undang berkenaan kes Pulau Batu Puteh.

“Kenapakah negara kita masih perlu tubuhkan jawatankuasa untuk kaji semula sedangkan tindakan kerajaan sebelum PRU14 untuk kononnya membuat semakan di Pulau Batu Puteh melalui cadangan Apandi Ali telahpun ditarik balik pada Mei 2018,” soal beliau.

Jelas Haniff, pada hakikatnya Mahkamah ICJ telah pada 23 Mei 2008, 13 tahun yang lalu membuat keputusan pertama bahawa Pulau Batu Puteh diserahkan pada Singapura di atas undang-undang antarabangsa dan keterangan yang ditampilkan.

“Tetapi pada masa yang sama, mungkin rakyat tidak tahu terdapat dua lagi pulau di perairan itu yang telah diserahkan kepada bidang kuasa Malaysia.”

“Persoalannya, apakah dia pembangunan-pembangunan, penyeliaan-penyeliaan yang dibuat oleh mana-mana kerajaan sejak 2008 sehingga sekarang berkaitan dua pulau itu,” soal beliau.

Tambahnya, “Kalau kerajaan nak tubuhkan jawatankuasa, dengan jawatankuasa dianggotai oleh Apandi Ali iaitu Peguam Negara yang kendalikan perkara itu pada masa itu, semestinyalah, semunasabahnyalah Apandi Ali akan cuba menguatkan kedudukan yang beliau ambil sebelum ini.”

“Adakah ini cara penyelesaiannya, adakah ini satu jawatankuasa yang adil dan saksama?” soal Haniff lagi.

Dalam masa yang sama, beliau turut menzahirkan kekhuatiran, adakah penubuhan tiga jawatankuasa khas berhubung kes Allahyarham Adib, kes Pulau Batu Puteh dan siasatan buku memoir tulisan Tommy Thomas adalah untuk mengaburi minda rakyat dan menampilkan suatu keadaan palsu.

“Seolah-olah kerajaan ini cuba menyelesaikan masalah, pada hakikatnya kerajaan ini juga terlibat dalam ketidakselesaian masalah ini sementara mereka terlibat dalam kerajaan-kerajaan terdahulu.”

This is not right,” ujar beliau.

Mengakhiri kenyataan, Haniff menegaskan bahawa, “Politik tidak boleh mencampuri kedaulatan undang-undang”.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button