Tempatan

Kerajaan Jamin Kebebasan Pengamal Media Melaporkan Sebarang Berita

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 September 2022 – Pengamal media di dalam negara bebas melaporkan sebarang berita, namun ia mesti bersandarkan kepada fakta yang benar dan sahih, menurut Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Tambah beliau, jika memberikan informasi yang sebenar, pasti tidak akan ada bantahan dan kekangan daripada Kerajaan tentang bagaimana berita tersebut hendak disampaikan.

Beliau turut menyatakan bahawa tanggungjawab media arus perdana amat penting untuk menceritakan perkara yang sebenar dan memberikan informasi yang tepat kerana hari ini, banyak sekali informasi yang tidak tepat, informasi yang diselewengkan sehingga menyebabkan rakyat terkeliru.

Mengulas lanjut, Dato’ Sri Ismail Sabri percaya jaminan Kerajaan terhadap kebebasan media diterjemah melalui tindakan Kerajaan.

“Jika ada yang lebih dari sepatutnya atau dibenarkan, pasti Kerajaan akan menegurnya. Setakat ini tak ada media yang ditutup atau ditarik lesen sebagainya, itu maknanya Kerajaan memberikan kebebasan kepada media.”

Beliau juga menyeru orang ramai agar tidak hanya bergantung kepada media sosial untuk mendapatkan sebarang maklumat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: