NGO

Kerajaan India Mesti Dahulukan Perdamaian Sesama Manusia! – Senator Wanita PAS

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 11 Jun 2022 – “Kerajaan India khususnya, kita mahu mereka memahami tanggungjawab mereka sebagai manusia di atas muka bumi ini perlulah mendahulukan perdamaian di kalangan semua bangsa, semua agama!” tegas YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia.

Beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian semasa sesi serahan memorandum bersama himpunan NGO-NGO Islam di hadapan Pejabat Kedutaan India Malaysia selepas solat Jumaat semalam susulan daripada isu yang tular di semua platform media sosial mengenai penghinaan yang dilakukan terhadap Nabi Muhammad S.A.W. di India.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia itu sekali lagi dengan tegas berkata, “Kita tidak mahu agama Islam ini dihina sebegitu rupa. Kita ada maruah sebagai orang Islam, terutama bagi wanita Muslim. Kita sangat merasa sedih di atas segala perilaku yang telah mereka lakukan sebagai contoh, sebelum penghinaan terhadap baginda Rasulullah S.A.W., mereka membiarkan di kalangan rakyat yang meragut tudung wanita Islam, tidak membenarkan wanita Islam untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Muslim!”

Susulan dari isu yang membangkitkan kemarahan serta kekecewaan dalam diri umat Islam ini maka, ia tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa mengambil sebarang tindakan. Oleh itu, Ustazah Nuridah meninggalkan pesan kepada seluruh kaum Muslimin agar kita sentiasa mengingati apa yang dinyatakan oleh Allah SWT.

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata,

“Mereka mahu menutup cahaya Allah, agama Allah dengan cakapan ataupun lisan mereka dengan ucapan-ucapan mereka. Tetapi Allah tidak mahu, melainkan ia untuk menonjolkan, untuk memberikan cahaya kepada agama Allah walaupun orang-orang kafir tidak suka.”

“Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim untuk terus mempertahankan apa yang dinyatakan oleh Allah kerana kita tahu hanya agama Allah, agama Islam sahajalah yang dinobatkan oleh Allah SWT sebagai cara hidup yang diiktiraf oleh Allah kepada seluruh umat manusia. Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar!” laung beliau sekaligus menutup kenyataannya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: