Tempatan

Kerajaan Harap Program Tanam Pokok Diperhebat Di KL

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LEMBAH PANTAI, 23 Ogos 2024 – Kerajaan berharap dapat mewujudkan program penanaman pokok lebih mampan melibatkan Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan pihaknya berharap lebih banyak spesies pokok yang tidak biasa dilihat dapat ditanam di sekitar Kuala Lumpur.

“Realitinya hutan-hutan di Malaysia mempunyai pelbagai spesies. Tapi bila kita tanam, kita lalu Jalan Terasek sebagai contoh, hampir semua pokoknya adalah pokok yang sama.”

“Risiko bila pokok-pokoknya sama dalam sederet, kalau katalah satu pokok dijangkiti penyakit, maka penyakit itu lebih mudah merebak. Kita pelbagaikan pokok-pokok yang ditanam, itu akan menjamin kesihatan ekosistem di situ,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran Program Rewilding Lembah Pantai di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya pada Sabtu.

Dalam pada itu, pihaknya berharap Lembah Pantai dapat menjadi peneraju atau perintis dalam program seperti ini di masa akan datang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: