Tempatan

Kerajaan Gesa Tambah Guru di Melaka

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MELAKA, 27 Ogos 2022 – Kerajaan Negeri Melaka menggesa Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPNM) menambah guru di negeri tersebut bagi mengisi kekosongan jawatan itu.

Exco Pendidikan dan Teknologi Negeri, Datuk Rais Yasin berkata sedemikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Insentif Care SPM 2022 dan Biasiswa Melaka Sumbangan Kerajaan Negeri Melaka baru-baru ini.

Beliau berkata, pihaknya menyambut baik keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menambah bilangan pengambilan guru melebihi 5,000.

Ujar beliau, pertambahan bilangan tersebut bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah kekurangan guru malah juga dapat mengurangkan beban tekanan tugas warga pendidik.

“Sesungguhnya memang kita sentiasa mengalami kekurangan guru jadi ini adalah sesuatu yang amat dinantikan. Memang ada keperluan yang sedikit mendesak tetapi bukanlah terlalu kurang,” jelasnya.

Rais turut mengatakan, selepas negara beralih ke fasa endemik, sekolah kembali beroperasi secara bersemuka, oleh itu perlunya kepada komitmen tambahan guru.

Tambahnya, pertambahan bilangan guru sekali gus akan membantu meningkatkan lagi tahap kecemerlangan murid dan pelajar.

Sebelum ini, KPM telah memutuskan untuk menambah jumlah pengambilan guru melebihi 5,000 orang mulai tahun ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: