Antarabangsa

Wanita Kini Perlu Memakai Kelubung Penuh di Afghanistan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AFGHANISTAN, 08 Mei 2022 – Taliban pada Sabtu 7 Mei baru-baru ini telah mengeluarkan arahan supaya wanita memakai pakaian kelubung penuh di tempat awam.

Arahan tersebut telah dikeluarkan oleh Kementerian Penggalakan Nilai Murni dan Pencegahan Maksiat di sana, dimana Kementerian tersebut mencadangkan supaya wanita Afghanistan memilih untuk memakai ‘burqa’, sebuah pakaian yang melitupi keseluruhan badan dari kepala ke kaki.

Lapor The New York Times, Kementerian tersebut tidak menetapkan sebarang pakaian yang wajib dipakai asalkan pakaian tersebut “tidak terlalu singkat dan tidak terlalu ketat”.

Bagi wanita yang tidak mematuhi arahan tersebut, hukuman juga akan dikenakan keatas ahli keluarga lelaki mereka.

Delegasi United Nations (UNAMA) dalam sebuah kenyataan menyatakan bahawa kewajiban berlitup penuh yang dikenakan ini akan menyukarkan usaha kerajaan Taliban untuk mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai sebuah kerajaan sah.

Terdahulu, kerajaan Taliban turut mengundang perhatian antarabangsa apabila mereka menangguhkan kemasukan kanak-kanak perempuan bagi pembelajaran sekolah peringkat menengah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: