Tempatan

Kerajaan Digesa Percepat SOP Kemasukan Pelancong China 8 Januari Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 Januari 2023 – Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA), menggesa Kerajaan supaya mempercepat prosedur operasi standard (SOP) bagi menghadapi kemasukan pelancong dari China bermula 8 Januari ini.

Presidennya, Uzaidi Udanis berkata perkara itu perlu penting untuk disegerakan agar semua pemain industri termasuk pengurusan di lapangan terbang dan petugas barisan hadapan dapat melakukan persiapan lebih awal.

BACA JUGA: Bawa Masuk Pelancong China, KKM Mahu Rakyat Ambil Dos Penggalak
BACA JUGA: Kerajaan Digesa Tangguh Kemasukan Pelancong China – MATA
BACA JUGA: COVID-19 : Malaysia Perlu Berhati-Hati Menerima Pelancong Dari China

“Penetapan SOP yang jelas dan terang mengenai perkara berkenaan perlu diumumkan segera supaya pihak yang berkaitan dapat bersedia dengan lebih awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan.”

“Penerangan SOP ini adalah penting supaya ia terlaksana dengan keadaan yang tidak gusar atau was-was apabila mempraktikkannya,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa agar SOP yang lebih ketat diperkenal bagi memastikan tiada penularan penyakit penyakit seperti COVID-19 ke negara ini.

“Langkah berkenaan adalah lebih bersesuaian berbanding mengenakan sekatan kemasukan terhadap pelancong dari negara itu.”

“China adalah pasaran pelancongan penting dan sebarang sekatan memberi impak kepada negara,” katanya.

Sebelum ini, China membenarkan rakyatnya melancong ke luar negara mulai 8 Januari ini setelah disekat selama tiga tahun meskipun jangkitan COVID-19 di negara itu melonjak naik.

Oleh itu, Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA) menjangkakan sejuta pelancong China akan tiba di negara ini pada 2023.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: