Tempatan

Kerajaan Digesa Bantu Pelajar Bumiputera B40 Cemerlang Lanjutkan Pengajian Bidang Perubatan – PERKASA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 24 September 2022 – Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) melalui kenyataan Presidennya, Syed Hassan Syed Ali menggesa Kerajaan membantu pelajar Bumiputera bidang perubatan golongan B40 yang cemerlang, melanjutkan pengajian mereka.

Mengulas lebih lanjut, Syed Hassan mendedahkan bahawa PERKASA didatangi keluarga Bumiputera B40 yang anaknya mendapat keputusan yang melayakkannya bergelar seorang doktor, tetapi malangnya impian tersebut sukar dicapai susulan tawaran yang dibuka dalam bidang perubatan di Malaysia adalah terhad.

Syed Hassan juga menyatakan bahawa pelajar-pelajar perubatan yang ingin menyambung pelajaran untuk mengejar cita-cita terpaksa berhijrah ke luar negara seperti ke Mesir, India atau Indonesia disebabkan pengambilan tahunan untuk pelajar perubatan dihadkan oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) yang dikawal oleh bukan Melayu.

Selain itu, lebih malang lagi kolej-kolej perubatan di Malaysia pula dimonopoli oleh pelajar dari bangsa lain.

Tambah beliau, isu ini dilihat bertambah parah apabila terdapat sejumlah ibu bapa yang datang mengadu berkenaan janji yang dibuat oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA), di mana MARA meletakkan syarat supaya para pelajar membuat permohonan selepas memasuki semester kedua untuk MARA menilai kelayakan berdasarkan keputusan dari semester pertama.

“Janji semester 2 baru boleh mohon sebab MARA hendak tengok keputusan semester pertama. Tetapi walau cemerlang pun ada yang tunggu sampai semester 4 atau 5.”

Syed Hassan berkata, membuat keputusan menyambung pelajaran dalam bidang perubatan ke luar negara bukanlah perkara mudah kerana kebanyakannya berasal dari keluarga yang tidak berkemampuan sehingga terpaksa bergolok gadai bagi keluarga yang tinggal di kampung untuk anak mereka menyambung pelajaran.

“Yuran di Mesir jauh murah. Ramai pelajar tajaan MAKPAK (Mak dan Bapak).”

Manakala, keluarga Bumiputera miskin bandar seperti penduduk di PPR (Program Perumahan Rakyat) lebih menyedihkan kerana tiada apa-apa untuk digadai.

“Mereka bukan tak rancang kewangan untuk hantar anak ke Mesir atau lain negara tadi, tetapi keadaan penduduk Bumiputera miskin bandar begitu menyedihkan sehingga anak mereka di Mesir terpaksa berkongsi sebungkus mi segera dengan empat orang untuk meneruskan hidup,” demikian perkongsian Syed Hassan berdasarkan tinjauan yang dibuat pihak PERKASA.

Oleh itu, PERKASA menyeru semua pelajar yang gagal mendapat tajaan supaya tampil memberi butiran lengkap permohonan kepada pihak PERKASA agar Biro Pendidikan PERKASA dapat membangkitkan dan mendesak Kerajaan menyelesaikan masalah pelajar-pelajar anak bangsa yang tercicir ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: