Tempatan

Hujan Lebat Bakal Langgar Malaysia Tiga Hari Berturut-Turut Bermula Hari Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 November 2022 – Hujan lebat dan ribut petir bakal berlaku di kebanyakan tempat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, selama tiga hari bermula hari ini hingga Rabu.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), negeri-negeri di pantai barat Semenanjung (Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka & Johor) dan Sarawak dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir yang lebih kerap pada sebelah petang hingga malam.

Selain itu, hujan lebat dan ribut petir berterusan selama tiga hari berturut-turut juga dijangkakan melanda Sarawak (Kuching, Samarahan, Betong, Kapit, Serian, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang) dan Sabah.

Dalam satu kenyataan lain, METMalaysia turut mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (WASPADA) berkuat kuasa bermula 8 November 2022 (Selasa) sehingga 11 November 2022 (Khamis) yang melibatkan kawasan-kawasan di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang (Kuantan, Pekan & Rompin) dan Johor (Mersing).

Media melaporkan, beberapa kampung di sekitar Rantau Panjang kini ditenggelami banjir susulan peningkatan paras air Sungai Golok.

Antara kampung yang digenangi air sejak Jumaat lepas termasuk Kampung Tersang dan Gual Tok Deh.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: