Tempatan

Kerajaan Beri Vaksin Percuma Untuk Bukan Warganegara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia sepakat untuk menawarkan pemberian vaksin percuma kepada bukan warganegara yang menetap di Malaysia.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), keputusan ini dibuat memandangkan akses bekalan vaksin Covid-19 yang diperolehi Malaysia adalah mencukupi serta melebihi jumlah warganegara Malaysia yang layak menerimanya.

“Jemaah Menteri yang bermesyuarat telah bersetuju agar Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang akan bermula pada penghujung bulan ini akan turut melibatkan pemberian vaksin kepada bukan warganegara yang menetap di Malaysia secara percuma. Ini melibatkan semua golongan bukan warganegara yang menetap di Malaysia.”

Bahkan, pemberian ini juga selari dengan pendirian kerajaan untuk memberi vaksin kepada seramai mungkin populasi di Malaysia bagi membolehkan imuniti kelompok dapat dibentuk dalam usaha membendung pandemik Covid-19.

Kata JKJAV lagi dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, rakyat Malaysia tidak perlu bimbang kerana keutamaan tetap diberi kepada warganegara.

“Walaupun begitu, keutamaan pemberian vaksin Covid-19 adalah kepada warganegara Malaysia terlebih dahulu. Maklumat dan jadual pemberian vaksin untuk warganegara asing akan diumumkan kelak.”

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba memaklumkan Malaysia dalam usaha menambah bekalan vaksin sebanyak tujuh juta lagi dos daripada syarikat Pfizer.

Tambahan berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan yang akan diterima Malaysia adalah hampir 50 peratus vaksin comirnaty Pfizer.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: