Tempatan

Kerajaan Belanjakan Puluhan Juta Baiki Tandas Rumah Ibadat

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA BHARU, 09 Mac 2022 – Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) memperuntukkan RM10 juta untuk menaik taraf 485 fasiliti tandas awam di rumah ibadat pelbagai agama di seluruh negara.

Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan sistem pembetungan dan kumbahan lebih efisen, mesra alam serta cekap penggunaan air.

Kerja penambahbaikan itu turut memberi tumpuan kepada penyelenggaraan tangki septik yang secara amnya diguna pakai di kebanyakan rumah ibadat dan berkait rapat dengan isu kesihatan sejagat.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, projek yang bermula April tahun lalu itu sudah mencapai 84 peratus telah siap dan dijangka selesai pada Mei ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata Kumpulan Wang Sumbangan Modal Pembetungan (KWSMP) SPAN bercadang untuk menambah peruntukan sekitar RM20 juta untuk fasa kedua.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Menaik Taraf Fasiliti Tandas di Rumah Ibadat di Madrasah Haji Junoh di Kampung Paya Keranji pada 6 Mac lalu.

“Penambahbaikan ini diharap memberi keselesaan kepada orang ramai, menggalakkan amalan kebersihan, penjimatan air sekali gus melestarikan alam sekitar seiring usaha kerajaan dalam membantu meningkatkan kualiti dan ekonomi hidup rakyat selaras Pelan Pemulihan Negara serta dasar penyayang Keluarga Malaysia,” tuntasnya.

Leave a Reply

Back to top button