Antarabangsa

Kerajaan AS Subahat Cipta COVID-19 – Rusia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MOSCOW, 07 Ogos 2022 – Kementerian Pertahanan Rusia mengumumkan bahawa pihak mereka sedang menyiasat tentang kemungkinan peranan US Agency for International Development (USAID) dalam penciptaan virus COVID-19, menurut laporan media.

Dalam kenyataan media baru-baru ini, Leftenan Jeneral Igor Kirillov yang mengetuai Pertahanan Radiasi, Kimia dan Biologi Rusia mendedahkan bahawa makmal-makmal di Ukraine yang dibiayai oleh Amerika Syarikat (AS) telah membuat kajian dan ujian makmal yang meragukan terhadap rakyat Ukraine.

“Lebih 16,000 sampel biologi, termasuk sampel darah dan serum telah dieksport keluar dari Ukraine ke AS dan negara-negara Barat,” tegas beliau.

Igor Kirillov berkata, Rusia kini mengesyaki pembabitan secara langsung USAID dengan kemunculan virus COVID-19 khususnya selepas penerbitan artikel oleh Profesor Jeffry Sachs dari Columbia yang menyatakan akan kemungkinan penciptaan virus itu di dalam makmal dengan bantuan kemajuan terkini Amerika dalam bidang bioteknologi.

Menurut Igor Kirillov, sejak tahun 2009 USAID telah membiayai program yang dikenali sebagai ‘Predict‘, kajian mengenai koronavirus baru yang melibatkan penangkapan kelawar-kelawar liar yang telah dijangkiti oleh patogen-patogen sebegitu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: