Kerabat Saudi Maut Nahas Udara
ARAB SAUDI, 08 Disember 2023 – Kerabat Saudi, Putera Talal bin Abdulaziz bin Bandar bin Abdulaziz Al Saud telah dilaporkan meninggal dunia pada usia 62 tahun sebagaimana yang telah dilaporkan oleh pihak istana Saudi pada Khamis lalu.
Kenyataan yang dikeluarkan itu adalah bersifat pendek yang mana hanya menyatakan bahawa solat jenazah akan dilakukan di Masjid Imam Turki bin Abdullah di Riyadh.
Walau bagaimanapun terdapat beberapa laporan di media Arab yang mendakwa bahawa Putera itu telah terbunuh dalam sebuah nahas udara.
Putera Talal bin Abdulaziz adalah anak kepada Putera Bandar dan juga merupakan cucu kepada raja pertama Saudi iaitu Raja Abdulaziz.
Beliau dilahirkan pada 1961 dan merupakan mantan leftenan kolonel di Royal Saudi Air Force dan turut berkhidmat sebagai pembantu ketua perisikan di agensi perisikan Saudi.
Walaupun kenyataan rasmi daripada pihak istana tidak mendedahkan punca kematian, namun rangkaian berita Lubnan, Al-Masshad telah melaporkan bahawa putera itu telah meninggal dunia berikutan jet pejuang F-15 yang dipandunya telah terhempas sewaktu latihan bersama pihak tentera udara pada Khamis lalu.