Antarabangsa

PM Britain Letak Jawatan Selepas 44 Hari, Rakyat Pertikai Pencen

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 21 Oktober 2022 – Liz Truss, bekas Perdana Menteri Britain, melalui sebuah hantaran di laman media sosial beliau semalam telah menyatakan bahawa beliau akan meletakkan jawatan Perdana Menteri.

Namun, di sebalik 44 hari pentadbirannya, rakyat tampil mempersoalkan kewajaran bayaran pencen diberikan kepadanya.

“Mengagumkan, bagaimana Liz Truss yang hanya dipilih oleh 0.3% populasi dewasa, bekerja selama 45 hari, menjunamkan matawang pound, dan sekarang dapat £115,000 setiap tahun sehingga dia mati,” ujar seorang pengguna media sosial.

Namun, sebuah hantaran lain membetulkan kenyataan tersebut dengan menyatakan bahawa jumlah £115,000 tersebut adalah sebagai tuntutan untuk perbelanjaan yang pernah dibuat.

“Elaun ini bukanlah wang yang diberikan secara sekali gus kepada Truss (atau mana-mana bekas PM). Tetapi ia adalah bayaran balik bagi kos yang ditanggung untuk kekal ‘aktif dalam suasana awam’. Contoh: Kos pekerja, pejabat, alat tulis dan lain-lain.”

Walaupun begitu, sebuah portal lain turut menegaskan bahawa Truss masih layak untuk mendapat pencen persendirian menerusi Dana Sumbangan Pencen Parlimen – di mana ia dianggarkan sebanyak separuh gaji tahunan pada masa peletakan jawatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: