Antarabangsa

US Tambah 2.2 Bilion Untuk Tentera Ukraine

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 09 September 2022 – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken telah mendedahkan bahawa pentadbiran AS di bawah pimpinan Joe Biden telah menjanjikan tambahan sebanyak 2.2 bilion USD bagi membantu kewangan ketenteraan jangka panjang Ukraine dan 18 negara berhampiran yang dikatakan “berisiko untuk diserang oleh Rusia”.

Namun status peruntukan tersebut masih tertangguh sebelum mendapat pengiktirafan persetujuan Kongres.

Blinken telah membuat pendedahan tersebut ketika lawatannya ke Kiev. Dalam lawatan tersebut, Blinken telah bertemu dengan Volodymyr Zelenskyy dan beberapa pegawai tinggi dalam membincangkan perincian mengenai pakej 2.2 bilion USD tersebut, di mana 1 bilion daripadanya akan diberikan kepada Ukraine.

Manakala selebihnya akan dibahagikan kepada “sekutu keselamatan serantau”, dalam membantu mereka untuk “menghalang dan melindungi daripada timbulnya sebarang ancaman terhadap kedaulatan atau integriti wilayah mereka”.

Menurut Jabatan Negeri AS, Ukraine dan negara-negara sekutunya juga akan memperkasakan penyelarasan mereka dengan NATO dan melawan “pengaruh dan pencerobohan Rusia”.

Negara dan wilayah lain yang terlibat dalam memperolehi bahagian daripada 2.2 bilion USD tersebut adalah Albania, Bosnia, Bulgaria, Croatia, Republik Czech, Estonia, Georgia, Greece, Latvia, Lithuania, Maldova, Montenegro, Macedonia Utara, Poland, Romania, Slovakia, Slovenia dan Kosovo.

Setakat awal Ogos, AS telah membelanjakan sejumlah 44.3 bilion USD dalam membantu Ukraine sejak bermulanya operasi ketenteraan Rusia pada Febuari tahun ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: