Keputusan Fatwa SIS Forum: SIS Akan Fail Rayuan Ke Mahkamah Persekutuan
KUALA LUMPUR, 16 Mac 2023 – Pertubuhan Sisters in Islam (SIS) akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan susulan keputusan majoriti Mahkamah Rayuan baru-baru ini.
Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan, SIS turut mendakwa bahawa mereka risau dengan keputusan tersebut yang nampaknya tidak mengikut precedent yang dibuat di Mahkamah Persekutuan.
BACA JUGA: Banjir Kilat Melanda Kawasan Gempa Bumi Turkiye, 14 Terkorban
BACA JUGA: Banjir: Kerajaan Benarkan Pelajar Ke Sekolah Dengan Pakaian Bebas
BACA JUGA: Malaysia Perlu Bangunkan Industri Gula Sendiri
“Hakim yang tidak bersetuju dalam dapatan Mahkamah Rayuan hari ini, YA Datuk M. Gunalan, mengulangi dan mengekalkan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2022 bahawa fatwa itu hanya boleh dikeluarkan dan digunakan kepada orang yang menganut agama Islam dan SIS sebagai sebuah pertubuhan, sudah tentu tidak boleh menganut agama seperti itu.”
“Asas dan hujah yang dibangkitkan oleh SIS dalam kes fatwa ini sentiasa berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan sejauh mana pihak berkuasa yang berkaitan mempunyai mandat untuk membuat undang-undang negeri dan memberikan kuasa kepada pihak berkuasa peringkat negeri yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan,” kata SIS lagi.
Baru-baru ini, Mahkamah Rayuan pada Isnin menolak rayuan Sisters In Islam Forum (Malaysia) (SIS Forum) untuk membatalkan fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang mengisytiharkan ia sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran sebenar Islam.
Hakim Has Zanah Mehat dan Che Ruzima Ghazali berpendapat bahawa tiada merit dalam rayuan SIS.
Di samping itu, Hakim Che Ruzima menegaskan, hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk menentukan isu fatwa itu.