Antarabangsa

Kepimpinan Ukraine Sangsi Strategi Semasa Boleh Berjaya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UKRAINE, 17 OGOS 2023 – Media melaporkan pada Rabu lalu bahawa kegagalan Ukraine untuk menembusi pertahanan Rusia telah menyebabkan terjadinya berbalahan dalam kalangan pegawai tinggi di Kiev.

Perbalahan tersebut adalah berkenaan dengan berdebatan panas yang berbahas samada mereka patut teruskan misi serangan balas tersebut atau menghentikannya.

Menurut penulisan media tersebut, kepimpinan Ukraine kini telah berpecah kepada dua kem, di mana salah satu daripada kem tersebut bersungguh-sungguh mahukan agar Kiev berundur dan menunggu serangan Rusia pada musim luruh dan musim bunga.

BACA JUGA: Isu Kos Sara Hidup: Kementerian Beri Tambang Bas Percuma Di 3 Negeri

BACA JUGA: Kerajaan Negeri Nafi Tuduhan Burukkan Usaha Pemutihan Sekolah Agama Persendirian

BACA JUGA: SOP Lombong REE Akan Diumumkan Segera – Sanusi

Manakala kelompok kedua pula, yang melibatkan ketua tentera Valerii Zaluzhnyi berpendapat untuk meneruskan serangan balas dan tidak mengendahkan sebarang kritikan.

Media yang sama juga turut menulis tentang progress Ukraine yang kini perlahan di medan perang juga turut menyebabkan perbalahan dalam kalangan pegawai-pegawai awam yang menyalahkan satu sama lain.

Namun jurucakap Kementerian Pertahanan Ukraine telah mengeluarkan kenyataan dalam menafikan laporan media tersebut dan menyatakan bahawa ianya adalah naratif propaganda dari pihak Rusia.

Ukraine telah melancarkan serangan berskala penuh pada awal Jun lalu setelah disokong oleh ratusan kereta kebal dan beberapa jntera berat lain yang disediakan oleh pihak Barat. Namun menurut Moscow, Kiev masih belum mendapat sebarang kawalan dan dalam masa yang sama telah kehilangan seramai 43,000 orang tentera.

Para pegawai Ukraine mengakui kesukaran dalam berdepan dengan Rusia namun meletakkan kesalahan tersebut pada kelewatan bantuan daripada Barat, kekurangan sokongan udara dan lain-lain alasan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: